Sunday, 20 May 2012

Aktiviti-aktiviti semasa cuti sekolah.

          Pada hari cuti sekolah, ibu dan bapa saya telah bercadang untuk pergi ke kolam renang.Di  kolam renag itu terdapat banyak gelongsor.Dan gelongsor itu ialah di tingkat yang berbeza.Saya tidak sabar untuk pergi berenang di kolam renang itu.Beberapa hari kemudian,saya dan keluarga saya akan ke Malaysia untuk beberapa hari sahaja.

          Selepas bercuti dan pergi ke kolam renang,saya tidak akan keluar untuk bercuti kerana saya harus menyediakan barang-barang untuk ke sekolah selepas cuti sekolah.Semasa menunggu sekolah buka,saya dan abang saya akan bermain dengan kawan-kawan saya di kolong blok.Saya selalu bermain bola di kolong blok.Kalau saya berasa penat pada hari itu untuk bermain dengan abang dan kawan-kawan saya,saya akan ke perpustakaan.Selepas,hari cuti sekolah sudah tamat,saya akan pulang ke sekolah dan akan berjumpa dengan kawan-kawan saya.

No comments:

Post a Comment